Info BEST!!

INFO BEST --> Serbuk manjakani mekah 100% asli ni tiada tarikh luput. Selagi ia belum bercampur dengan apa-apa, contohnya air, ia boleh digunakan sampai bila-bila, sebab ia betul-betul asli. --> 40 gram serbuk manjakani ini boleh tahan berbulan-bulan sebab setiap kali penggunaan hanya perlukan sedikit sahaja (lebih kurang hanya hujung sudu kecil sahaja) ## info ini akan ditambah dari semasa ke semasa

Mengenai Manjakani

Rahsia Manjakani (Syhh… untuk Wanita Sahaja)

Jom baca artikel ni wahai kaum hawa..
ak dah boldkn ape yang penting..
ehehe..
KENANGAN BERTUGAS di sebuah majalah wanita dengan rakan kerja semuanya wanita, memang menyeronokkan. Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama. Kalau sudah semua warganya perempuan, percayalah, ada ketika kami berkongsi cerita yang di luar jangkaan orang lain. Malah kalau ada tips kecantikan, rahsia hubungan intim, kalau yang munasabah, kami jugalah yang cuba praktikkan dahulu sebelum dikongsi dengan pembaca.
Di kalangan kami, ada teman yang mempunyai emak yang cukup awet muda. Malah awet muda emak si Nozi ini memang luar biasa. Ibunya biarpun menjangkau 56 tahun ketika itu, tetap langsing, bergetah dan memiliki susuk yang masih mantap.
Itu luarannya! Malah yang lebih mengagumkan kami apabila mendengar cerita setiap kali ibu Nozi membuat rawatan pap smear, mak cik yang sudah putus haid ini dipuji melambung oleh doktor. Khabarnya doktor pakar sakit puan begitu kagum dan takjub melihat kehebatan mak cik ini menjaga bahagian dalamnya. Rahim dan peranakannya dikatakan kemas, tidak kembang dan cantik terletak.
Wah kami yang perempuan dan semuanya bergelar ibu, sukar juga membayangkan… kemas, tidak kembang (ini kami fahamlah… ), yang mahal bila doktor menyebut cantik terletak! Apa lagi setiap kali ada peluang bertandang ke rumahnya (kebetulan dia hebat memasak dan kami pun sentiasa banyak alasan teringin makan itu dan ini), akan mengendeng bertanya rahsia dia menjaga diri luar dan dalam.
Jawapan mak cik ini cukup mudah. Dia mengamalkan memakan manjakani. Katanya manjakani memang menjadi ulaman dirinya setiap minggu. Bagus untuk memastikan peranakan rapat, tidak kembang atau mengalami keputihan yang berlebihan. Sebenarnya panjang berjela cerita mak cik ni. Tapi yg lawaknya kisah manjakani yg mencetuskan sesuatu yg tak diduga.
Tidak lama selepas ziarah sambil belajar itu, ada pula rakan kami yang kebetulan baru bersalin mencubanya. Hasilnya? Pada satu ziarah kami dengan mak cik ini, kawan saya itu bercerita, betapa sejak dia mengamalkan memakan manjakani, peranakannya berasa ketat semacam!
Tercengang kami mendengarnya! Hebat, tak sangka begitu sekali. Namun kawan saya ini mengeluh kerana rasa tidak selesa apabila dia kekeringan!
“Kau makan macam mana?” Tanya si mak cik.
“Oh, saya makan sehari sepaket. Beli kedai mamak manjakani tu lima paket tahan tiga hari kadang-kadang. Saya tumbuk leper buah manjakani. Kemudian masuk dalam periuk nasi biar lembut. Lepas tu saya telan manjakani yang dikepal bersama nasi. Murah aje manjakani tu… dalam 30 sen. Tu yang saya beli banyak!” Kawan saya yang sedang menyudu laksa lancar bercerita
“Masya-Allah!!! Kau hilang akal apa? Aku makan sikit-sikit! Itupun aku asah manjakani tu pada pasu, aku ambil serbuknya. Bukan telan sehari sepaket! Memanglah kering dan rapat habis! Silap-silap bercantum terus nanti kat situ!” Suara mak Nozi melangsing, kami sendiri terlopong dan kemudian ketawa terbahak-bahak! Kawan saya tadi hampir tersembur laksa yang dimakannya.
Kami yang mendengar penangan herba-herba dan rempah-ratus yang selama ini dicampakkan saja dalam belanga, terlopong! Tak sangka byk sungguh khasiat rempah ratus ni dalam kesihatan seharian. Kalau mahu dihimpunkan memang cukup panjang senarai herba serta rempah-ratus kita yang berkhasiat tinggi. Malah banyak di antaranya sudah diperakui oleh pengkaji dan juga bukti dari makmal sains.
Manjakani misalnya telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba. Malah kajian menunjukkan Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria adalah antara spesis yang terbaik. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctorial atau cynips gallaetinctoria. Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.
Rahsia Manjakani
Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

Hem, jadi macam mana? Cuba-cuba ingat semula apa agaknya makanan kesukaan anda? Dan, cuba jengah-jengah resipi makanan itu, mana tahu kalau-kalau selama ini anda anda sukar mengawal adrenalin anda… atau mood swing turun naik macam rollercoster? Entah-entah dalam hidangan anda ada yang terlebih atau ada yang terkurang herba atau rempah ratusnya! Apa-apapun bertanyalah pada yang berpengalaman. Jangan jadi macam teman saya yang satu itu. Terlebih telan manjakani sehingga dia berasa yang satu itu bagai tertutup katup!

Sumber: http://pulutkuning.wordpress.com/2009/03/03/rahsia-manjakani-syhh-untuk-wanita-sahaja/


MANJAKANI BUAH AJAIB

Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.

Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.

Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan

Sumber: Mingguan Wanita – 1 Mac 2004

No comments:

Post a Comment